Selasa, 10 November 2015

'Wang kertas pun kena samak juga' - Netizen tolak cadangan troli halal

Madiha Abdullah, Astro Awani
'Wang kertas pun kena samak juga' - Netizen tolak cadangan troli halal
Adalah lebih baik pengguna menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menilai perkara tersebut.
 
 
KUALA LUMPUR: Bermacam-macam pendapat diutarakan netizen susulan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, yang mencadangkan pengasingan troli di pusat beli-belah untuk produk halal dan tidak halal.

Di laman sosial, rata-rata berpendapat hal sedemikian tidak perlu memandangkan ia bukan satu keperluan.

Ini berdasarkan fakta bahawa agama Islam bukan sebuah agama yang menyusahkan.

Pengasingan troli disifatkan sebagai bukan penyelesaian dalam menentukan tahap 'kebersihan' troli yang digunakan. Sebaliknya, ramai berpendapat adalah lebih baik pengguna menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menilai perkara tersebut.

klubbkidd™ @klubbkiddkl
Troli halal? Beli makanan kat supermarket berbungkus…kecoh. Wang Ringgit tu nak samak ke sebelum pegang. You don’t know where it’s been
Chef Aidy @aidyadnan
Troli asing utk org Islam? Kononya nk yg bersih, yg halal. Tp sampah buang merata2, sungai & alam sekitar dikotorkn. Kebersihan diabaikan.
Rahmah Ghazali @rahmahghazali
Troli halal dan troli tidak halal. Lepas ni pulak check-out counter halal, check-out counter tidak halal.
Tarmizi Bin Anuwar @TarmiziAnuwar
Betullah, jika Muslim nak troli Halal maka Hindu juga berhak mahukan troli Halal mengikut interpretasi mereka. Maka, perlu diberikan juga.
@NFN1977
Ok. Senario Troli Halal Haram: Imagine arriving at a supermarket, look around 4 trolley & all the Halal ones have been taken

Saya tidak setuju dengan troli halal dan haram di pasaraya.
Islam tidak menyulitkan manusia seperti ini. Kenapa dari rakyat ke menteri ada sikap tidak betul ini. Menyusahkan skop daawah Islam kepada masyarakat Malaysia.

Hafidzi Mohd Noor
· 22,807 followers
· November 8 at 5:41pm · 
 
Islam tidak menyulitkan. Umat Islam/rakyat Malaysia kini global sifatnya dari sudut fizikal dan mobiliti. Maka fiqhnya juga perlu alami dan waqii untuk konsisten dan tsabat. Jika tidak maka proses engagement dan dakwah sebagai natijahnya menjadi mencabar tidak bertempat

Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, juga berkongsi pandangan yang sama. Dalam penjelasannya kepada The Malay Mail, produk tidak halal kebiasaannya dijual di dalam bekas dan tidak bersentuhan secara langsung dengan troli.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Datuk Hamzah berkata undang-undang pengasingan troli itu masih di peringkat perbincangan dan kajian menyeluruh perlu dilakukan memandangkan ia memerlukan peruntukan kos yang tinggi. 
 
 

Tiada ulasan: