Ahad, 15 November 2015

TPP: Sampai kiamat pun tak semua setuju

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
 
 
KUALA LUMPUR - "Semua benda atas dunia ini ada keburukan dan kebaikannya. Tidak ada pun yang sempurna. Kalau tunggu sampai kiamat pun belum tentu semua (pihak) bersetuju dengannya," demikian ujar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengulas mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).

Mengulas lanjut, kata Mustapa, semua pihak tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa akan mengambil langkah yang terbaik untuk rakyat.

Jelas beliau lagi, kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung TPP sebelum mencapai keputusan konkrit berhubung perjanjian tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: TPP: Menteri jamin ekonomi Bumiputera terjaga]

Rundingan TPP adalah rundingan perjanjian yang melibatkan 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.

Beliau turut berkata, sekiranya TPP lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pelaksanaan TPP dilakukan di negara ini.

"Kita bukan sebuah negara sempurna. Tetapi kita mahu buat yang terbaik dan kita mahu perbaiki kelemahan kita.

"Yang penting kita pertimbang antara buruk dan baik. Kalau yang baik pun kita tidak mahu, rugilah kita," katanya lagi.​


Tiada ulasan: