Jumaat, 6 November 2015

Tak perlu GST jika rasuah dihapus


GST


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlukan GST jika sedia menghapuskan amalan rasuah dalam pengurusan pentadbiran hari ini, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Beliau berkata, banyak alternatif lain boleh dilakukan bagi mendapat bajet seimbang sebelum 2020.

“Saya nak sarankan kerajaan hapuskan GST dan boleh capai bajet seimbang. Bukan kata 2020, 2017 dah boleh capai.

“Kerajaan perlu tubuhkan jawatankuasa peringkat Parlimen yang dianggotai semua parti serta jabatan khusus dan pakar luar untuk teliti bagaimana hapuskan rasuah. Kalau kerajaan mampu hapuskan unsur rasuah banyak kewangan akan selamat, “ katanya.

Fauzi mencadangkan kerajaan hapuskan tender rundingan bagi mengelak ketirisan dalam setiap urusan dengan jabatan kerajaan.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semua laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara untuk mengatasi kebocoran.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Tranparency International (TI) mengeluarkan Goverment Defence Anti Corruption Index 2015 dan  menunjukkan Malaysia mendapat gred D dalam penilaian indeks bersama Indonesia, Bangladesh, India, Filipina dan Tunisia.

“Walaupun Malaysia memperbaiki gred daripada band D sebelum ini, namun TI melahirkan kebimbangan terhadap risiko rasuah tinggi dalam sektor pertahanan.

“Dalam penilaian gred secara keseluruhan Malaysia mencatatkan gred paling corot band E, dalam aspek risiko operasi, manakala dalam aspek risiko rasuah politik, risiko rasuah kewangan dan risiko rasuah pemerolehan atau pembahagian kontrak, Malaysia mendapat gred band D,  '' katanya.


Tiada ulasan: