Isnin, 9 November 2015

Saman Abdul Hadi dibenarkan Mahkamah Tinggi

 
Hakim juga berpendapat permohonan empat individu mengemukakan tindakan itu melalui saman pemula adalah tidak betul


pas-hadi-awang


PETALING JAYA:Pas kini boleh mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud di Parlimen selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan presiden parti itu dan empat yang lain untuk mencabar saman pemula berhubung usul pembentangan perkara berkenaan.

Utusan Online melaporkan, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemasputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Peguam, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa permohonan pihaknya dibenarkan oleh Hakim, Datuk Asmabi Mohamad atas alasan keempat-empat individu berkenaan tiada hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan permohonan tersebut.

Hakim juga berpendapat permohonan empat individu mengemukakan tindakan itu melalui saman pemula adalah tidak betul kerana ia sepatutnya dibawa melalui semakan kehakiman.

Tiada ulasan: