Ahad, 15 November 2015

Kadar BR1M RM1,000 setahun, tanggung GST RM3,500 setahun

gst

Roketkini.com


SETIAWAN : Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membebankan rakyat kerana ia mengakibatkan mereka secara purata terpaksa menanggung cukai tambahan RM700 seorang setahun.

Ia bermakna, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, seisi keluarga lima orang membayar cukai tambahan sebanyak RM3,500 berbanding penerimaa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM1,000 untuk seisi keluarga.

“Ini menunjukkan GST sebenarnya sangat membebankan rakyat Malaysia. Tambahan cukai sebanyak RM21 bilion ini sebenarnya ditanggung oleh rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Ngeh Koo HamMenyifatkan pelaksanaan GST tidak wajar, beliau berkata kedudukan kewangan rakyat tertekan kerana kadar hutang isi rumah negara sangat tinggi iaitu lebih RM940 bilion.

Katanya, setiap rakyat secara purata menanggung beban hutang RM31,000 seorang atau RM155,000 untuk seisi keluarga, malah satu kajian mendapati mereka menggunakan 50 peratus pendapatan bulanan untuk membayar hutang.

“Kedudukan kewangan rakyat meruncit kerana gaji atau pendapatan tidak naik tetapi harga barangan naik mendadak. Ada mengalami penurunan pendapatan kerana harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit menurun,” katanya.

Beliau berkata, harga barangan meningkat mendadak hingga ada kenaikan 300 peratus akibat pelaksanaan GST, selain akibat kesan kejatuhan nilai ringgit 40.8 peratus sejak Januari 2013.

Mendesak kadar GST diturunkan atau memperbanyak pengecualian barangan dari cukai itu, Koo Hamu juga mengesyor supaya peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu rakyat termiskin, ditambah.

Tiada ulasan: