Sabtu, 7 November 2015

NGO gesa Kabinet kaji semula 'hukum' vape


vape


SHAH ALAM - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) mendesak agar kajian dibuat semula terhadap keputusan Kabinet yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.

Beliawanisnya, Nur Afirah Mahashim berkata, 'hukum' itu meragukan susulan keputusan Kabinet telah bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Dakwaan menteri bahawa vape merupakan aspirasi anak muda adalah disangkal. Aspek pembangunan jati diri belia sepatutnya dipandang lebih serius.

"Walhal sudah jelas vape ini bertentangan. Islam mengharamkan semua perkara yang memabukkan dan memudaratkan diri," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Kerajaan jangan hipokrit dalam isu vape

Beliau mengulas keputusan Kabinet pada akhir bulan lalu yang tidak mengharamkan penggunaan dan penjualan vape di pasaran tempatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi status di Facebooknya sambil menyifatkan keputusan itu mengambil kira aspirasi anak muda.

Sebelum ini, Ismail Sabri menyatakan akan membawa isu tersebut ke mesyuarat Kabinet meminta agar penggunaan vape itu tidak diharamkan selepas ia dibangkitkan di Parlimen.

Dalam pada itu, Nur Afirah memuji tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia membuat serbuan terhadap premis yang menjual perisa vape bernikotin.

"Satu tindakan serius yang harus dilaksanakan dengan lebih kerap dari masa ke semasa.

"Saya juga mendesak agar meneliti semula dan menguatkuasakan pengharaman rokok, vape dan e-cigarette serta menjalankan penguatkuasaan    merampas bahan yang mengandungi nikotin," katanya lagi.


Tiada ulasan: