Jumaat, 6 November 2015

MTEM desak Putrajaya dedah analisis kos-manfaat TPPA secepat mungkin





Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Mohd Nizam Mahshar bercmengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata, semakan awal erhadap dokumen akhir TPPA mengesahkan kebimbangan berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 6 November, 2015. 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Mohd Nizam Mahshar bercmengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata, semakan awal erhadap dokumen akhir TPPA mengesahkan kebimbangan berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
 
 
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini mendesak Putrajaya mendedahkan analisis kos-manfaat serta analisis kepentingan negara berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sesegera mungkin selepas dokumen itu didedah kepada umum semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar berkata, ini kerana semakan awal mereka terhadap dokumen akhir perjanjian itu mengesahkan kebimbangan mereka berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini.

Bercakap mewakili Badan Bertindak Bantah TPPA, beliau berkata, penelitian terhadap Bab Hakcipta Intelek TPPA mendapati, syarikat farmaseutikal kini boleh mendesak agar paten ubat mereka dilanjutkan melebihi tempoh piawai 20 tahun.

Pemanjangan tempoh paten ini katanya akan melambatkan kemasukan ubat generik ke dalam pasaran. 
 
 "Ia membolehkan syarikat ubat mendesak pelanjutan terma paten melangkaui tempoh piawai 20 tahun bagi mengganti rugi sebarang tempoh 'tak munasabah' yang diambil pejabat paten atau pihak berkuasa ubat-ubatan dalam meluluskan permohonan paten atau kelulusan geran pemasaran, serta sebarang kelewatan pihak berkuasa kesihatan dalam memeriksa yang ubat-ubatan tersebut selamat, berkesan dan berkualiti baik.

"Pelanjutan paten tentu sekali melengahkan kemasukan ubat generik murah ke dalam pasaran," katanya pada sidang media di pejabat MTEM petang ini.

Pada masa sama, perjanjian itu juga membolehkan monopoli pasaran diteruskan sekiranya sesuatu ubat itu didapati boleh digunakan bagi merawat penyakit selain daripada tujuan asal ia dicipta, kata Nizam.

Selain itu, penelitian ke atas Bab Pelaburan juga menggusarkan Bantah TPPA kerana definisi meluas "pelaburan" yang memelihara kepentingan pelabur asing tetapi pada masa sama mendedahkan kerajaan kepada risiko membayar pampasan berjuta dolar akibat polisi dan tindakan mereka.

"Definisi 'pelabur' juga terlalu luas, membolehkan perbadanan dari negara bukan TPPA – jika mereka ada aktiviti perniagaan yang mencukupi di negara TPPA – menyaman di bawah bab sistem penyelesaian pertikaian pelabur dan negara," katanya.

Negara yang mengambil bahagian dalam TPPA ialah Brunei, Chile, New Zealand, Singapura, Australia, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Pada 5 Oktober 2015, semua negara mencapai persetujuan, selepas 7 tahun rundingan, tetapi TPPA masih memerlukan pengesahan semua negara.

Satu sidang khas Parlimen diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan berlangsung awal tahun depan bagi membahaskan isi perjanjian itu.

Pada masa, kerajaan mengumumkan dokumen itu diserahkan kepada firma audit PriceWaterhouseCoopers dan badan penganalisis Insititut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) bagi tujuan analisis kos manfaat yang akan disiapkan dalam masa 2 bulan


Tiada ulasan: