Sabtu, 7 November 2015

Ketua polis kecam akhbar Cina dakwa polis berat sebelah

THE MALAYSIAN INSIDER



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, kerana dikatakan mendakwa polis berat sebelah dalam tindakan mereka membanteras jenayah.
 
Khalid menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar itu, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu.

"Tiada pilih kasih dlm tindakan @PDRMsia terhadap jenayah ragut. Akhbar ini jgn lah cuba mengapi api kan pembaca!," tulis ketua polis itu dalam kapsyennya yang disertai “screenshot” artikel berkenaan.

Sin Chew meletakkan berita itu di akaun Facebooknya dengan kapsyen yang berbunyi: "Satu lagi kes ragut, tetapi kes ini diselesaikan dengan pantas." Portal Malaysiakini kemudiannya melaporkan akhbar itu meminta maaf kepada pihak polis berhubung posting itu, tetapi menyatakan bukan hasratnya menyatakan pihak berkuasa itu berat sebelah dalam kes tersebut.

"Status itu tidak bertujuan mempersoalkan sama ada polis berat sebelah dalam siasatannya. Ia bagi menunjukkan sikap positif polis dalam mengendalikan kes itu dan menyerlahkan kecekapan mereka.

"Ini terbukti apabila polis menyelesaikan banyak kes penting dalam tempoh yang singkat baru-baru ini," katanya. 
 
 

Tiada ulasan: