Jumaat, 6 November 2015

Jika semua baik, mengapa ada didakwa sabotaj sistem kewangan, soal Dr Mahathir

THE MALAYSIAN INSIDER




Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan dalam masa yang sama terdapat individu ditangkap atas alasan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan dalam masa yang sama terdapat individu ditangkap atas alasan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan, jika ekonomi negara berada dalam keadaan baik, mengapa terdapat individu yang ditahan Putrajaya kerana "mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara".

Bekas perdana menteri itu berkata demikian mengulas laporan dalam akhbar berkaitan kerajaan yang menyatakan negara ini tidak menuju ke arah satu krisis kewangan.

"Lapan orang terkemuka, termasuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), memberitahu kita, semuanya dalam keadaan baik.

"Sekiranya segalanya dalam keadaan baik, mengapa timbul keperluan menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan di negara ini? 
 
 "Jika mereka mensabotaj, maka sesungguhnya, perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan menjadi baik. Ia akan jadi tidak berfungsi," tulis beliau dalam posting terbaru di blognya hari ini


Tiada ulasan: