Sabtu, 14 November 2015

Dr M: 50,000 pergi demo, saya seorang salah?

MALAYSIAKINI





Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak adil untuk mempersalahkan beliau seorang kerana hadir dalam himpunan BERSIH sebelum ini.

Mengakui hadir dalam himpunan yang tidak dibenarkan polis, Mahathir bagaimanapun berkata ramai lagi peserta lain turut serta dalam himpunan di ibu kota menjelang hari kemerdekaan itu.

“Jika saya buat salah, 50,000 orang lagi dalam himpunan itu juga turut buat salah.

“Untuk berlaku adil, undang-undang perlu seragam terhadap semua orang. Tidak adil untuk pilih saya seorang saja atas kesalahan hadir perhimpunan haram,” katanya.

Bekas perdana menteri keempat itu justeru berkata apa yang berlaku adalah sebuah pemangsaan.

Sementara itu, mengulas gesaannya supaya Najib berundur, Mahathir berkata beliau tidak membuat seruan itu tanpa menggalakkan aktiviti keganasan.

Katanya, dalam sebuah negara demokrasi, menjatuhkan perdana menteri atau kerajaan adalah perkara biasa.

“Menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga perkara biasa.

“Jadi apa salahnya saya hadir demonstrasi untuk menjatuhkan Najib sebagai PM?” soal Mahathir.

Tiada ulasan: