Sabtu, 14 November 2015

'Boleh kita minum kopi, Encik Arul?'

Geraldine Tong  

 



Ketika orang ramai memberi perhatian terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy mengenai isu 1MDB, seorang wanita mencuri perhatian dalam sesi soal jawab di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengakui dia bukan ahli Umno, wanita berpakaian jingga itu bertanya kepada Presiden 1MDB berkenaan:
"Saya hanya nak tanya encik ni, can I have coffee with you (boleh saya minum kopi dengan anda)?"
Soalan itu menyebabkan suasana dalam dewan yang diisi kira-kira 1,200 orang itu menjadi riuh.

Arul Kanda kemudian menjawab soalan berkenaan dengan berkata: "Saya kena tanya isteri saya terlebih dulu."

Beliau kemudian meneruskan ucapannya dengan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dibangkitkan mengenai 1MDB.

Program Majlis Penerangan Perdana itu diadakan untuk membolehkan Arul Kanda memberi taklimat mengenai 1MDB yang kini mengalami beban hutang yang besar dan mendapat kritikan pelbagai pihak, selain Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Turut hadir Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tiada ulasan: