Rabu, 25 November 2015

Ali Tinju pembohong, kaki fitnah – Ketua Cawangan UMNO

 
Dakwaan Ali Tinju kononnya akan berlaku kekecohan yang dibuat oleh ketua-ketua cawangan UMNO semasa PAU berlangsung nanti tidak berasas dan dianggap sebagai pembohongan


ali-tinju


PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju dilabel sebagai seorang yang `pembohong’ gara-gara membuat dakwaan kononnya ketua-ketua cawangan UMNO akan membuat kecoh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada bulan depan.

Ketua Cawangan UMNO Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Ali Tinju tidak perlu mengancam untuk mengadakan rusuhan kerana ketua-ketua cawangan UMNO tidak akan melakukan perkara-perkara seperti yang didakwa.

Katanya, ketua-ketua cawangan UMNO hanya ingin mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur kerana mereka tidak lagi mempercayai kepimpinannya lagi.

“Ali tinju ini sememangnya pembohong besar… Ali tinju kaki fitnah.

“Saya masih ingat dalam Facebook dulu hari-hari dia (Ali Tinju) bantai saya sebab saya desak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.. Namun selepas itu puji…. Dia ni lalang,” katanya kepada. FMT.

Rushdan mendakwa, kumpulan yang didalangi Ali Tinju itulah yang sebenarnya sering menimbulkan kekecohan dan membawa masalah kepada UMNO.

Katanya, ketua-ketua Cawangan UMNO tidak pernah membuat kecoh tetapi hanya menyuarakan pandangan untuk tidak mempercayai kepimpinan Najib.

“Yang sebenarnya, Ali tinju.. Baju Merah ini yang suka buat kecoh.

“Kita mana ada buat kecoh. Kita buat sidang media pun dalam keadaan aman.. Kita cuma menyatakan tidak percaya kepada Najib lagi..

“Bukan macam Ali Tinju,, kaki pembohong dan mengampu,” katanya.

Tiada ulasan: