Selasa, 7 Julai 2015

Skandal 1MDB: Tunggu Himpunan Bersih 4 jika Najib terus membisu

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan “Perhimpunan Bersih 4″ sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berdiam diri dalam isu 1Malysian Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Bersih.2.0, Maria Chin Abdullah juga mengesa Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri dan segala jawatan yang dipegang agar siasatan dapat dijalankan dengan lancar.
maria-chin-abdullahMaria turut menggesa akaun isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya perlu dibekukan sewaktu siasatan dijalankan.

“Najib juga perlu mendedahkan kepada umum butiran akaun banknya dan menjelaskan jika akaun AmBank yang wujud di atas namanya. Jika ya, tunjukkan butiran transaksi tersebut pada hari yang berkenaan,” kata Maria.

“Semua hasil siasatan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB dan syarikat-syarikat yang berkaitan perlu diumumkan kepada umum dalam tempoh segera,” katanya.

Maria berkata, empat perkara ini perlu dilakukan dalam tempoh kurang dari sebulan kerana ia adalah perkara yang mudah untuk dilakukan.

“Kami memang memikirkan mengenai itu (Bersih 4) tetapi kami mahukan jawapan daripada 4 perkara ini terdahulu.

“Sebab mengapa kami menekankan empat perkara ini kerana ia membabitkan wang rakyat. Beliau membuat pelbagai kenyataan tetapi tiada tindakan daripadanya.

“Contohnya, jika selepas sebulan tiada apa-apa yang berlaku, semua institusi awam tidak mahu memberitahu kita apa yang terjadi, semua orang akan berasa marah. Dan bukan sahaja kami yang menyeru untuk Bersih 4 diadakan, tetapi rakyat yang akan menuntut supaya ia diadakan,” katanya.

Tiada ulasan: