Ahad, 19 Julai 2015

LKS: Mengapa menteri tak minat cakap ahli Umno jumpa Justo?

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa menteri-menteri kabinet tidak berminat mengenai ahli Umno yang didakwa telah bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Ini ekoran gesaan dua orang menteri - Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar) dan dan Datuk Abdul Rahman Dahlan - yang mencabar pemimpin pembangkang yang didakwa bertemu Justo mengaku.

"Seperti yang dikatakan oleh polis Thailand, Justo telah bertemu dengan kira-kira 10 orang, salah seorang daripada mereka adalah seorang ahli Umno, dalam usaha (Justo ini) untuk menjual data yang dicuri dari PetroSaudi International Ltd (PSI), mengapa Shabery tidak turut mencabar Umno atau BN atas perkara yang sama?, " kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Pada hari Khamis, polis Thai berkata, individu yang bertemu Justo termasuk hartawan media, seorang tokoh pembangkang Malaysia, dan juga seorang dari parti yang sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, polis Thai tidak menamakan sesiapa.

Selain daripada Shabery, Abdul Rahman turut membidas di Twitter dengan bertanya sama ada DAP bimbang "MPnya" akan terlibat.

Jawapan Lim ialah: "Tidak sama sekali".


Tiada ulasan: