KUALA LUMPURC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, fitnah yang disebarkan Umno BN melalui blogger upahan dan media dikuasainya punca budaya tuduh-menuduh dan adu domba menyebabkan negara rosak.
Tegas Tian, kenyataannya sebelum ini dimanipulasi, tidak dibaca mengikut konteks manakala fitnah berterusan terhadapnya seolah-olah mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bersama veteran Harakah, Subky Latif (kiri) dan Yang Dipertua Pas Batu, Ishak Surin
“Ini tanggungjawab suci yang harus kita berikan penghormatan,” katanya dalam ceramah ‘Tian Chua Jawab Lahad Datu’ di Markaz Tarbiyyah Pas Pusat di Taman Melewar, malam tadi.
Merujuk insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Tian, fitnah merebak ke seluruh negara akibat ‘media blackout’ oleh kerajaan Umno BN, menghalang maklumat sehingga rakyat membuat andaian dan spekulasi.
“Orang tak tahu apa yang saya cakap. Bila saya sebut itu? Tiada bukti. Inilah budaya fitnah jahat yang telah meresap ke semua lapisan masyarakat, sehingga negara kita rosak,” katanya.
Katanya, akibat fitnah berterusan yang turut disambung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tanpa usul periksa, Tian menerima lebih seribu SMS ugutan kerana nombor telefonnya dipaparkan do blog upahan Umno BN.
Tian memberi penerangan depan lebih 1,000 hadirin di Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, Gombak
“Itu sebabnya saya ambil tindakan undang-undang ke atas Papgomo dan blogger lain yang memfitnah,” kata Tian disambut tepukan gemuruh hadirin. (SDQ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan