Selasa, 12 Mac 2013

Rayuan Liwat II tidak boleh diteruskan, kata Mat Zain kepada peguam negara

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

KUALA LUMPURPendedahan bapa Saiful Bukhari Azlan minggu lepas telah mencetuskan keraguan keatas pertuduhan Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas polis tertinggi Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini, sambil menambah percanggahan yang berbeza memungkinkan kes tersebut tidak wajar lagi diteruskan.

Anwar (gambar) telah dibebaskan atas pertuduhan liwat pada Januari tahun lepas tetapi rayuan kemudiaannya difailkan oleh Pejabat Peguam Negara dan pendengaran telah ditetapkan pada 22 Julai ini.

Mat Zain, yang merupakan bekas Ketua Inspektor (CID) Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dalam kes siasatan “mata lebam” Anwar, menulis satu lagi surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini bahawa kes Liwat II telah dibayangi dengan kepalsuan yang terlalu banyak.

Beliau menamakan nama perdana menteri dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan menuduh mereka menipu dalam affidavit yang difailkannya untuk mengenepikan sapina dalam Liwat II dan mengulangi dakwaan Abdul Gani telah mereka keterangan dalam Liwat I dan siasatan mata lebam Anwar.

“Pada pandangan saya walaupun tiada pendedahan dibuat oleh Azlan Lazim (bapa Saiful), sebutan kes Liwat II tidak boleh lagi diteruskan,” kata pegawai polis yang sudah bersara tersebut.

Bekas pemimpin polis tertinggi tersebut telah menulis banyak surat kepada Najib sejak kebelakangan tahun ini, serta mengulangi salah guna kuasa dalam pasukan polis dan membuat tuduhan rasuah yang berani terhadap Abdul Gani dan bekas KPN Tan Sri Musa Hassan, khususnya kes melibatkan Anwar.

“Gani Patail, sebagai seseorang yang memiliki kata putus untuk mendakwa Anwar dalam Liwar II dan memfailkan rayuan apabila Mahkamah Tinggi membebaskan beliau, boleh dibuktikan sebagai seorang yang telah melakukan banyak penipuan dan pemalsuan bukti-bukti untuk mensabitkan Anwar dalam pertuduhan jenayah sejak 1998,” kata Mat Zain hari ini.

“Kesimpulannya, ia boleh dibuktikan Gani mempunyai niat jahat terhadap Anwar sejak 1998,” tulis beliau dalam sepucuk surat.

Dalam sidang media tertutup Jumaat lepas, Azlan telah membuat pengakuan mengejut apabila mengatakan Liwat II adalah konspirasi politik melibatkan anaknya, yang merupakan pengadu dalam kes tersebut.

Menurut Azlan, individu tertentu telah mengambil kesempatan dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan politik, sambil  menambah situasi genting ketika itu menyebabkan beliau tidak ada pilihan selain memberikan sokongan kepada Saiful di mahkamah.

“Malahan, anak saya (Saiful Bukhari) sendiri tidak pernah menceritakan tentang kejadian (liwat) dan pertuduhan tersebut kepada  saya... saya juga tidak pernah dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut,” terang Azlan Jumaat lalu.

Sebaik pendedahan tersebut, Saiful juga telah mengadakan satu sidang media mengejut pada sebelah petangnya dan menafikan kes liwat kedua tersebut adalah konspirasi serta tiada penglibatan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah  laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat  yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan: