AKIBAT perangai jahat orang-orang politik yang mahu kekalkan kuasa, maka
dia beranak si Sepol dan ayahnya sudah mula 'berbalah'. Awalnya ayah
si Sepol menyokong anak kesayangannya maka diiringlah si Sepol ini untuk
melakukan sumpah laknat beberapa jam sebelum masa penamaan calon PRK di
Permatang Pauh, di mana DS Anwar Ibrahim bertanding.
Ramai yang bertanya, bila 'liwat' berlaku? Dan mengapa tunggu beberapa
jam sebelum penamaan calon? Benarkah "liwat' berlaku secara 'paksa'
kerana Sepol orang muda dan kelihatan lebih bertenaga dari Anwar yang
berumur bahkan disahkan alami sakit di pinggang? Lepas tu, orang
bertanya lagi, jika 'liwat paksa' berlaku, mengapa Sepol boleh minum
kopi dan makan karipap selepas duburnya di'ceroboh'? Paling melucukan,
Sepol siap berwangi-wangian lagi. Pernah anda dengar wanita yang kena
rogol akan menyapu minyak wangi ke seluruh badan sebelum dirogol?
Bertanya lagi kita, mengapa Sepol mengadu kepada Najib kononnya beliau
'diliwat'? Tidak percayakah beliau kepada pihak Polis sedangkan Anwar
Ibrahim waktu itu tidak berkuasa langsung untuk mempengaruhi pihak
Polis. Pelik lagi, awalnya Najib beritahu Sepol berjumpa beliau untuk
mohon biasiswa sedangkan semua tahu Sepol tidak mendapat keputusan yang
baik untuk melanjutkan pengajian dan layak mohon biasiswa. Jika benar
sekalipun, mengapa perlu jumpa Najib untuk mohon biasiswa, Najib bukan
Menteri Pengajian Tinggi?
Akhirnya Najib 'U-Turn'. Najib mengaku Sepol jumpa beliau dirumahnya
mengadu tentang duburnya telah 'diceroboh' oleh seorang tua yang sakit
pinggang bernama Anwar Ibrahim. Kisah seterusnya Sepol berjumpa Pegawai
Polis bernama Ridwan Yusuf (rekod menunjukkan pegawai Polis ini
terlibat di dalam kes fitnah Liwat 1 melibatkan Azizan Abu Bakar dan
Sukma dahulu). Sepol juga berjumpa Ezam sesumpah, iaitu bekas orang
kuat Anwar yang kini telah menyertai Umno dengan mendapat Senator.
Semua ini mudah untuk difahami.
Apabila kita ikuti turutan kisah Sepol ini, tidak termasuk pengakuan
Doktor dari Pusrawi yang mengesahkan 'tiada kemasukan' di dalam dubur
Sepol, maka siapa di antara kedua beranak ini yang berbohong sekarang?
Kedua-duanya pernah bersumpah dengan nama Alllah. Najib juga pernah
bersumpah 'tidak kenal Altantuya', walaupun P1 Bala di dalam akuan
bersumpahnya yang pertama menyebut Najib 'intim' dengan Altantuya. Bab
sumpah menyumpah ini sudah menjadi mainan belaka angkara kerakusan
orang-orang politik. Tidak pelik bila Eskay turut bersumpah di dalam
masjid dengan memakai baju kalis peluru selepas Solat Tahyatul Masjid
'Satu Rokaat' dan memegang Al-Quran dengan tangan kirinya.
Hari ini, bapa Sepol buat kenyataan bahawa anaknya telah dipergunakan
oleh pegawai Najib dan seorang peguam untuk atur 'konspirasi' terhadap
Anwar Ibrahim. Beliau telah memohon maaf kepada Anwar dan seluruh
keluarganya atas ketelanjuran beliau selama ini menyokong anaknya Sepol.
Bala sudah kembali dari luar negara dengan membawa 'bala' untuk Najib.
Deepak juga akan berganding dengan Bala selepas ini, mungkin sekaligus
akan dipadukan dengan bapa Sepol. Krisis di Lahad Datu, Sabah amnya
tidak boleh lari dari kisah pemberian IC kepada pendatang asing.
Bagaimana musuh bersenjata begitu ramai datang ke tanahair dengan selesa
tidak terjawab oleh pemimpin Umno.
Maka, saat sudah sampai untuk seluruh rakyat Malaysia menolak Umno/Bn
yang jelas gagal dari semua sudut termasuk gagal melakukan fitnah yang
boleh meyakinkan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan