Jumaat, 22 Mac 2013

Pangkalan data SPRM buktikan Papagomo ada rekod rasuah?

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, didedah beberapa blog lain sebagai seorang pesalah kes rasuah.

Mereka memetik maklumat dari laman seb rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) dengan carian atas nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Ketua Umum KEADILAN itu.

Laman web itu menyebut Azri berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal di balai polis Ampang ketika kejadian rasuah itu dibuat pada 2004.

Bagi pertuduhan pertama, beliau dituduh meminta suapan RM1,000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah RM400 daripada lelaki sama pada keesokannya kira-kira jam 11.40 pagi sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang.

Berikutan itu, Azri dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 selepas beberapa proses rayuan di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 secara berasingan bagi setiap pertuduhan.

Untuk baca laporan SPRM, KLIK INI.

Tiada ulasan: