Jumaat, 15 Mac 2013

Lahad Datu : Malaysia Perlu Henti Bayar RM5,300 Setahun Kepada Pewaris Kesultanan Sulu? Komen Anda?

Staff Berita Semasa 
lahad datu sabah

Sebenarnya Berita Semasa ada terfikir mengenai isu pembayaran kerajaan Malaysia kepada sulu sekitar RM5,300 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu. Ini kerana kami merasakan ada eloknya, terma “sewa” yang digunakan telah menyebabkan ramai yang mudah terkeliru.

Apabila sudah terkeliru, akan kelihatan pula pandagan & fakta yang turut mengelirukan orang ramai.  Antaranya….

Terma “sewa” itu menyebabkan ramai yang merasakan termasuklah kalangan rakyat Malaysia sendiri ada merasakan Sabah itu milik mereka. Yang sebetulnya adalah bayaran ”cession” (Penyerahan hak).

Berdasarkan rekod, memang benar kerajaan Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu. Sepertimana yang Berita Semasa maklumkan seperti di atas tadi ‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
  1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
  2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

Sejarah Pembayaran Wang Kepada Waris Kesultanan Sulu?

  1. Bayaran ini telah dibuat oleh syarikat hindia timur Baron Overbeck semenjak 1878.
  2. Bayaran adalah untuk sebagai hak penyerahan bukan bayaran sewa.
  3. British telah membayar wang berkenaan setiap tahun walaupun semasa Jepun takluk Sabah.
  4. Sultan Kiram (waris) pernah membuat tuntutan penyerahan semula Sabah kerana kegagalan Brirtish bayar duit tersebut pada ketika Jepun tawan Sabah. Tetapi British menjawab wang tersebut telah dimasukkan kedalam akaun sultan di UK. Setelah tidak berjaya dia minta pula duit tersebut dibayar secara sekaligus. Masih tidak berjaya juga.
  5. Perjanjian 1878 tersebut tiada tempoh masa selagi bulan dan bintang beredar.
  6. Kerajaan Manila pernah memaklumkan kepada konsulat British bahawa mereka tidak mengiktiraf kerajaan sulu (sebelum penubuhan Malaysia). Sultan Sulu dianggap tidak lebih daripada rakyat filpina.
  7. Sekarang terdapat ramai waris Sultan Sulu yang menuntut wang tersebut akibat kemiskinan mereka. Mereka terpaksa membahagikan duit tersebut.
Dan kami bersetuju dengan saranan peguam Karpal Singh supaya sudah tiba masa dan ketikanya kerajaan Malaysia menghentikan wang penyerahan kepada pewaris Kesultanan Sulu sejumlah RM5,300 setahun sepertimana dilaporkan oleh Yahoo Malaysia, Bernama, The Edge Malaysia dan juga The News Straits Times (NST).

lahad datu sulu
Sumber : Yahoo Malaysia

Ya…kita tidak perlu bayar lagi kepada pewaris Kesultanan Sulu. Ini kerana selagi kerajaan Malaysia membayarnya, mereka akan “naik lemak” dan selagi itulah mereka akan menggunakan alasan tersebut untuk menuntut Sabah daripada Malaysia.

Pengganas Lahad Datu Sabah ini jugalah menggunakan duit cession money untuk membeli senjata untuk membunuh polis Malaysia. Berita Semasa sempat meneliti dan agak bersetuju dengan kenyataan bertulis yang diberikan oleh seorang kolumnis PhilStar :

lahad datu sulu

Sekali lagi, Berita Semasa juga berpendirian yang mana Malaysia perlu berhenti bayar RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu. Dunia sudah berubah. Semuanya telah pun menjadi sejarah. Accept it and let it go. Majukan sahaja diri sendiri, tidak ada yang mustahil. 

Penduduk Sabah sudah lama membuat pilihan (KLIK SINI). Apa pendapat anda pula?

Tiada ulasan: