MALAYSIA KINI
Penyiasat
persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak
butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya
(SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.
Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.
Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan mendedahkan segala-galanya.
Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.
Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".
Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan