Ahad, 18 November 2012

Perhimpunan 1 juta orang Pakatan 24 Januari

 
Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.



PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mengadakan pehimpunan besar-besaran membabitkan kira-kira 1 juta orang membabitkan orang politik dan NGO di ibu negara 14 Januari tahun depan.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.

Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.

 “Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan. Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember).

“Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi,” kata beliau.

Bagaimanapun,  tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya.

Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan.

“Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya,” katanya lagi.

Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan: