Khamis, 20 September 2012

Suaram buat laporan polis terhadap menteri

Kow Gah Chie


 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah dituduh mengganggu penyiasatan dan pendakwaan terhadap cabang perniagaan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Dalam laporan polis hari ini, Penyelaras Suaram, R Thevarajan berkata, Ismail telah mendakwa bahawa mereka yang di sebalik Suara Inisiatif Sdn Bhd akan didakwa walaupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) masih menjalankan siasatan.

Thevarajan, dalam laporannya di ibupejabat daerah Petaling Jaya, juga menuduh Ismail bertindak dengan niat jahat dan mendesak pihak polis mendakwanya atas fitnah jenayah.

Keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Ismail itu turut dilampirkan bersama laporan polis.

Sementara itu, Suaram menggesa rakyat Malaysia supaya membuat laporan polis yang sama terhadap Ismail.

"Kami menggesa rakan-rakan kami di seluruh negara supaya membuat laporan terhadap menteri berkenaan, bagi menekan kerajaan dan menteri tersebut supaya berhenti membuat kenyataan sebelum penyiasatan selesai," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini.

"Menteri itu perlu mengikuti prosedur, tidak bertindak seperti seorang hero hanya kerana ini adalah kes berprofil tinggi," tambahnya.

Tiada ulasan: