Permohonan ditolak atas alasan projek pembangunan besar-besaran di Makkah dan Madinah masih berjalan.
Laporan AFP memetik Menteri Haji Bandar al-Hajjar berkata, "kementerian meminta maaf kepada kesemua negara yang telah meminta agar bilangan jemaah haji di negara masing-masing ditambah."
Tahun lalu, tiga juta jemaah menunaikan haji.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan masih berusaha mendapatkan kuota haji tambahan sebanyak 10,000 bagi memberi peluang lebih ramai rakyat negara ini yang beragama Islam untuk melakukan ibadah tersebut, sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang keciciran pada musim haji tahun ini.
Jamil Khir berkata, beliau akan meminta bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk bercakap dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.
"Tradisinya pada bulan puasa kita dapat jumlah kuota sebanyak 28,000 dan selepas raya biasanya kita dapat kuota rayuan sebab kuota rayuan ini akan membantu mereka yang tercicir dan sebagainya.
"Sampai sekarang kita sedang menunggu kuota rayuan ini," katanya.
Katanya, keputusan mengenai kuota tambahan itu diharap dapat diluluskan dalam masa terdekat.
Sebelum ini Jamil Khir mengumumkan kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota haji bagi jemaah Malaysia pada tahun ini iaitu sebanyak 28,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan