Ahad, 30 September 2012

Piala Sultan Selangor: Selangor akhiri penantian 3 tahun

Noor Hafiza Che Abdullah

Piala Sultan Selangor
Safiq Rahim meraikan gol penyamaan Selangor semasa perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor 2012 - Foto Bernama
 
THE Red Giants  berjaya mengakhiri penantian tiga  tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11  apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga  tahun berturut-turut Singapura memenanginya.

Beraksi di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri, Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan melancarkan serangan ke kubu Singapura.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-4 menerusi percubaan Safee Sali. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi  hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.

Tersentak dengan serangan daripada tuan rumah, pasukan pelawat mengatur strategik akhirnya percaturan yang dilakukan berhasil apabila Aleksandar Duric menjaringkan gol pada minit ke-23.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti   terhukum apabila  pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi  Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.

Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1.


Senarai barisan pemain Selangor:

Veenod
Ramez Dayoud
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Safee Sali
Safiq Rahim
Bosko Balaban
Helmi Loussaief
Mohd Bunyamin Umar
Gunalan A/L Padathan
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (PG)

Senarai barisan pemain Singapura:

Ito Takuma (PG)
Kawakami Norhiro
Syed Mohd Fadhli Syed Naser Al-Yahya
Muhammad Jufri Taha
Kwok Wing Hong Fabian
Muhammad Hafiz Abu Sajad
Aleksandar Duric
Stefan Milojevic
Shah Hirul Mohd Yusof
Ismadi Muhammad Muhktar
Mohammed Jamil Mohammed Ali

Tiada ulasan: