Isnin, 17 September 2012

Pemimpin keluar Umno petanda BN Sabah ‘gulung tikar’ – Anwar

Aliff Fikri

TUARAN: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia  di Restoran Singgah Singgarung di sini.



Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.

“Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.

“Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.

“Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN,” katanya.

Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Kurang 24 jam sebelum itu, bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dalam satu program di Labuan, mengisytihar keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal Sabah meninggalkan BN dalam tempoh sebulan termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

* Gambar ihsan Media Rakyat.

13 ulasan:

Unknown berkata...

Mengenai isu keluar UMNO rasanya tidak akan menggugat sokongan kepada BN pun. Yang keluar pun bukannya mereka yang hebat di dalam parti. Tapi yang tidak ada kepentingan langsung.

Unknown berkata...

Semoga kerajaan akan tahu apa yang patut dilakukan sebaiknya. Selesaikan masalah yang timbul tidak kira apa pun termasuklah isu masalah dalaman parti sendiri.

Unknown berkata...

Tindakan beberapa orang pemimpin keluar parti ni masih belum dapat menggoyah perjuangan UMNO/BN. kalau pun mereka tetap berada dalam parti, mereka hanya akan jadi Yuri dalam daging. Jadi, ada baiknya juga mereka keluar.

Unknown berkata...

UMNO/BN juga patut perbaiki kelemahan yang mereka hadapi dan usahakan untuk kembali kepada perjuangan asal.

mantera berkata...

BN takkan tergugat walaupun ada yang keluar.

Unknown berkata...

Belum PRU pun, sudah dapat jangka pembangkang akan kalah.

Unknown berkata...

Anwar sudah-sudahlah berangan nak jadi PM.

Sotong Kurita berkata...

"Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim"

perubahan apa jika hanya berlaku last minute? kalau pemimpin2 perubahan sebenar ialah apabila rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada parti lain, bukan pemimpin yang beralih kepada parti lain.. bengapnya!

Sotong Kurita berkata...

"Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang."

pemimpin2 yang keluar meninggalkan BN itu tidak semestinya mewakili sokongan rakyat, sebaliknya mewakili kepentingan mereka sendiri yang kerana tidak dipilih sebagai calon atau tidak mendapat jawatan paling tinggi sepanjang berada dalam BN..

Sotong Kurita berkata...

"“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia di Restoran Singgah Singgarung di sini."

gulung tikar?? sebelum ini BN Sabah pernah mengalami situasi yang lebih teruk dari ini dimana sebuah parti keluar meninggalkan BN.. ada BN terjejas???

Sotong Kurita berkata...

"Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan."

Anwar silap.. rakyat sabah tetap melihat Pakatan sebagai parti pengganas, pengamal provokasi, bersifat perkauman dan bersifat keagamaan.. contohnya, blogger Suara Pakatan Rakyat, parti agama PAS, dan perhimpunan Bersih..

Sotong Kurita berkata...

"Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka."

Anwar sejak berkecimpung dalam politik, kerjanya 24 jam berbohong saja.. kali ini dia tuduh pihak lawan sedangan parti dia terbukti melakukan kerja2 jijik itu..

Sotong Kurita berkata...

rakyat sabah perlu melihat pembohongan2 Anwar ini sebelum membuat keputusan.. lihat saja setiap kali dia datang ke sabah, pernah dia turun padang mendengar masalah rakyat sabah?? pernah dia bangkitkan isu2 sabah di persekutuan?? tidak kan?? so tolak Anwar dan tolak Pakatan..