Khamis, 20 September 2012

Mohd Sabu: Hishamuddin menteri tidak bertanggungjawab

 
Menteri Dalam Negeri itu tidak boleh bercakap sembarangan kerana beliau bertangggungjawab terhadap keselamatan rakyat.



JOHOR BARU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat termasuk parti politik.

Katanya, Menteri Dalam Negeri itu tidak boleh bercakap sembarangan kerana beliau bertangggungjawab terhadap keselamatan rakyat.

“Rakyat, NGO, pembangkang boleh bercakap apa saja tetapi Hishammuddin tidak boleh bercakap sesuka hati.

“Menteri junjung perkembagaan, menteri jaga undang-undang, menteri jaga keselamatan. Seolah menteri memberi lesen kepada samseng untuk bertindak,” katanya.

Tokoh popular PAS itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Hishamuddin kononnya pasukan keselamatan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.

Bas disimbah cat

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negari mendakwa kenyataan tersebut telah diputar belit.
Pada Jumaat lalu bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan PKR  disimbah cat merah ketika sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor.

Mohamad  juga menyifatkan kenyataan itu sebagai hari hitam kepada rakyat Malaysia.
“…manusia paling tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan,” tambah tokoh PAS itu.

Mohamad juga berkata, dalam sejarah menyambut merdeka, tahun ini yang paling keliru dengan mendakwa anak-anak muda tidak lagi pemerintah yang ada.

Tiada ulasan: