Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan kenalan yang mula berkumpul di rumah bapanya di Taman Uda, Jalan Sultanah di sini sebelum disembahyangkan di Masjid Rafeah di taman tersebut.
Jenazah mangsa yang tiba di rumah bapanya kira-kira pukul 6.15 pagi dibawa ke Masjid Pumpong, Suka Menanti untuk dikebumikan yang turut disertai oleh ahli keluarga dan juga rakan mangsa.
Bapa Allahyarham, Abu Hassan Ahmad, 67, berkata, mereka sekeluarga amat sedih dengan kejadian yang berlaku ke atas anak kedua daripada tiga baradik itu, namun tetap reda dengan pemergian Allahyarham.
"Hubungan Allahyarham dengan ahli keluarga amat rapat dan kami amat terasa kehilangannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Uda hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki kembar iaitu Al Malik Fahreen dan Al Mikhail Fareq yang berusia setahun.
Kejadian 2.30 petang semalam itu berlaku apabila mangsa jatuh ke dalam air semasa menjalani latihan bersama 243 pegawai lain ketika menyeberangi tali air berdekatan Sungai Miang di Pekan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan