Bonus kakitangan awam 2012
: Seperti biasa pastinya “mata dan telinga” kalangan kakitangan awam
tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau
fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada
“habuannya” berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2
bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?
2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012
adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan
bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..
Bonus Kakitangan Awam 2012 Sempena Pilihanraya Umum Ke 13?
Hati kecil kami kuat mengatakan pembentangan Bajet 2013 kali memberikan kesinambungan semasa berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Oleh itu bagi kami bonus setengah bulan itu boleh dikatakan hampir
pasti untuk dinikmati kalangan kakitangan awam, tetapi jikalau nak
lebih daripada itu iaitu sebanyak sebulan atau 2 bulan bonus, ia pasti
menjadi persoalan dan teka-teki…..
Walaubagaimanapun, setakat apa yang boleh kami katakan ketika ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, elaun rumah dijangka akan naik. Ya…Manakala elaun perkhidmatan masih belum mendapat kepastian lagi daripada “pihak yang dibelah” sana.
Cuepacs
seperti biasa menjalankan tugas lazimnya setiap kali berlangsungnya
pembentangan Bajet kerajaan pada setiap tahun. Walaupun Cuepacs minta 2 bulan bonus gaji kakitangan awam,
tetapi hakikat yang perlu diterima kata putus masih lagi terletak di
tangan JPA, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan
tidak lupa juga Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak untuk
membuat keputusan…..apa yang terbaik kepada negara & kerajaan yang
ada sekarang ini.
P/S : Kata Cuepacs :
“Inilah masa terbaik kami menuai hasilnya”. Selepas transformasi yang
dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan, berjaya melonjakkan prestasi
& kecekapan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas.
Apa respon kakitangaan awam di sini mengenai bayangan bonus 2012 dalam pembentangan Bajet 2013 kali ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan