Khamis, 26 Julai 2012

Umno Kelantan bermasalah di 5 Parlimen

 
Tokoh-tokoh lama masih berminat bertanding walaupun sudah kali beberapa kali kalah. 




PETALING JAYA: Menurut sumber Umno Kelantan menghadapi masalah meletakkan calon sekurang-kurangnnya lima kerusi Parlimen kerana perebutan antara tokoh lama dengan muka baru.

Kawasan Parlimen terbabit ialah Ketereh; Kuala Krai; Rantau Panjang; Machang; dan Pasir Puteh. Kesemua kerusi berkenaan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum  (PRU) 2008.

Sebahagian masah berpunca kepada keinginan tokoh-tokoh lama parti yang masih mahu bertanding dalam PRU akan datang.

Di Kuala Krai, lima calon dikatakan berminat untuk bertanding kerusi Parlimen – Datuk Ramzi Abdul Rahman; Datuk Junaidi Bakar; Datuk Nik Sapiea Nik Yusof; Tuan Aziz Tuan Mat dan Azizuddin Hussein.

“Saingan sesama sendiri ini  boleh menyebabkan perpecahan di kalangan penyokong Umno.

“Jika peringkat atas berpecah, orang bawah juga boleh berpecah. Kalau semua berpecah, peluang untuk merampas Parlimen Kuala Krai akan berkecai,” kata Ketua Wanita Umno bahagian, Rohani Abdul Majid.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Azizzudin kelah kepada calon PAS, Dr Hatta Ramli.

Di Parlimen Ketereh, khabar angin bertiup kencang bahawa Tan Sri Annuar Musa mahu bertanding sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada 2008, bekas menteri kabinet itu kalah kepada sepupunya Aziz Kadir dari PKR.

Bola dan politik

“Annuar mahu menggunakan popularitinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai tangga untuk menjadi calon.

“Kononnya Tok Nuar (Annuar) boleh menang semula kerusi Ketereh dengan populariti bola,” kata Ismail Abas dari Melor, Ketereh.

Ismail berkata, Timbalan Ketua bahagian, Datuk Alwi Che Ahmad merupakan calon paling kayaj di Ketereh.

“Ketereh perlukan muka baru. Annuar sudah terlalu sebagai orang politk Ketereh dan Kelantan,” katanya lagi.

Saingan di Machang pula dijangka berlaku antara tokoh veteran Datuk Ismail Mamat dengan bekas ahli Parlimen, Datuk Sazmi Miah serta ketua bahagian sekarang Datuk Nur Jazlan Yaakob.

Di Rantau Panjang pula membabitkan dua pemimpin utama bahagian Datuk Mohd Zain Ismail dan Abdullah  Mohd Yassin.

Abdullah ada ketua bahagian manakala Mohd Zain adalah bekas timbalan ketua bahagian.
Calon 2008 iaitu Afandi Yusof juga disebut-sebut mahu menjadi calon sekali lagi.

Tiada ulasan: