Khamis, 5 Julai 2012

Tawaran matrikulasi TPM undang kritikan

 
Nicholas Wong


 
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran sekali (one-off) kepada 557 pelajar India untuk mengisi tempat dalam program matrikulasi mengundang pelbagai soalan bernada kritikan.

Pengkritik mempersoalkan keperluan kuota berdasarkan kaum dan kenapa Muhyiddin yang juga menteri pelajaran membuat tawaran itu sekali sahaja.

NONEWalaupun menganggapnya "perkembangan positif", penulis Uthaya Sankar SB (kiri) berkata ia tidak menjamin tempat di masa akan datang.

"Menteri pelajaran berkata, tawaran kali ini secara sekali sahaja - secara keseluruhan tidak bermakna ia akan menyelesaikan masalah pada masa akan datang.

"Berhubung topik pelajaran, apa yang perlu diberi perhatian, kelayakan pelajar dan bukan kuota kaum. Ia lebih buruk sekiranya (kuota) digunakan sebagai 'umpan' untuk meraih undi," katanya kepada Malaysiakini.

Muhyiddin membuat tawaran secara itu lepasan SPM yang layak bagi memenuhi kekosongan tempat untuk mengikuti kursus matrikulasi sesi akademik 2012/2013, daripada 1,539 tempat yang ditawarkan kerajaan.

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang menyambut baik kenyataan Muhyiddin itu semalam dilaporkan berkata, kekosongan itu akan diisi dalam kalangan 4,000 pelajar yang memohon untuk mengikuti kursus matrikulasi di kolej kerajaan.

Tiada ulasan: