SEditor Buletin
ekali
lagi, Persatuan Cina Malaysia (MCA) mengugut akan meninggalkan
perikatan Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno membenarkan usul seorang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengenai pelaksanaan hukum hudud di
Johor ke atas semua bangsa.
‘Bapa borek anak rintik’ begitulah yang sesuai diperkatakan apabila
kali ini ugutan tersebut keluar dari mulut anak Presiden MCA Datuk Chua
Tee Yong
"MCA sangat jelas. Kami telah nyatakan dengan jelas
bahawa jika hudud dilaksanakan, kami akan keluar daripada BN," kata
pengerusi Biro Karyawan Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong
Bahkan,
Datuk Chua memperlekehkan kenyataan pemimpin Umno Johor yang mengusulkan
perlaksanaan Hudud itu, sebagai tidak penting dan menyatakan ia
hanyalah ulasan seorang Adun Umno, "bukan perdana menteri atau
timbalannya".
"Kenyataan yang penting ialah kenyataan yang dibuat
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan (Mursyidul Am) Nik Abdul
Aziz (Nik Mat)..., mereka telah menyatakan sokongan mereka terhadap
hukum hudud berulang kali," kata Datuk Chua.
Sebelum ini Presiden
MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, pernah mengugut Umno akan mengambil
tindakan yang sama seperti kenyataan anaknya.
Pada kali ini, Chua
Soi Lek sekali lagi menyatakan bahawa partinya tidak akan bersetuju
sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud terhadap individu bukan Islam
setelah usul Encik Ayub itu didedahkan.
"Adun Umno Johor itu
telah kehabisan idea dan tidak waras kerana mengusulkan hudud di Johor,
termasuk terhadap bukan Islam. MCA tentu akan membantah," kata Dr Datuk
Seri Chua melalui akaun laman rangkaian sosial, Twitter, beliau.
Ayub Rahmat ADUN Kemelah, membuat saranan itu semasa sidang perhimpunan Dewan Perundangan Johor pada 20 Jun lalu.
Beliau
berkata beliau akan membantu golongan bukan Islam memahami pelaksanaan
undang-undang hudud, sambil menuduh PAS gagal berbuat demikian.
Ayub
Rahmat turut berkata beliau berharap dapat melihat negeri Johor menjadi
negeri yang pertama melaksanakan hukum hudud sebenar, yang menurut
beliau berbeza daripada undang-undang hudud yang ditafsir Parti Islam
SeMalaysia (PAS).
Menurut Encik Ayub, interpretasinya mengenai
hukum hudud tidak akan membezakan sesiapa sahaja kerana penganut semua
agama di Johor akan dikenakan hukuman yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan