Adrian Loh, pekerja sokongan dalam syarikat perisian komputer dari Petaling Jaya memberitahu kepada inkuiri, dia terpaksa berlindung di Masjid Jamek apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.
Beliau mengaku menyaksikan 10 hingga 20 orang polis muda, beruniform biru menjerit ke arah para penunjuk perasaan sambil membaling botol, batu dan objek besi ke arah mereka.
“Polis telah mula membaling objek-objek tersebut ke arah kami, saya tak pasti dari mana mereka dapat objek besi itu,” kata Loh yang menjadi saksi pertama dalam inkuiri pada hari ketiga hari ini.
Beliau juga berkata bahawa ada polis mencabar untuk bertumbuk dengan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan kemudiannya membaling kembali botol dan batu ke arah polis.
Inkuiri ini diadakan untuk melihat sama ada keganasan dimulakan oleh pihak individu atau kumpulan, semasa dan selepas perhimpunan.
Panel inkuiri ini diketuai oleh Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen, yang akan menemubual 22 saksi dalam masa 22 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan