Isnin, 30 Julai 2012

PRU bakal tangguh akibat tindakan dua pemimpin BN keluar parti, kata sumber

 
 
KUALA LUMPUR – Tindakan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah keluar parti hujung minggu lalu akan menyebabkan tarikh pilihan raya umum (PRU) sekali lagi ditangguh dari September ke hujung tahun oleh kerana BN perlu memastikan negeri Borneo tersebut terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada BN, kata sumber.

Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan selepas ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) adalah diantara sebab Datuk Seri Najib Razak terpaksa melihat semula tarikh baru pilihan raya mengejut selepas dari pembentangan belanjawan pada 28 April untuk mandat peribadi beliau, tiga tahun tiga bulan selepas ambil alih kuasa pada April 2009.

Tindakan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) mengejutkan pihak Barisan Nasional (BN). — Gambar fail
“Ia tidak mungkin pada bulan September sekarang walaupun Umno dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pilihan raya, “kata seorang sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.
 “Umno perlu memastikan, Sabah dan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap dan memberikan banyak kerusi oleh kerana di Semenanjung, undi Melayu berpecah,” tambah sumber tersebut dengan menambah Umno hanya mendapat 79 kerusi dalam pilihan raya 2008.

Sumber ini yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku pada bulan September jika Najib meneruskan rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan Ogos, sembilan bulan sebelum mandat BN tamat pada April 2013.

Terdapat berberapa tarikh yang menjadi buah mulut dalam tahun lalu walaupun perdana menteri keenam Malaysia itu telah menyatakan keyakinannya untuk mendapat majoriti kerusi Dun dan Parlimen.

Sebelum dua pemimpin BN Sabah ini belot, BN mengawal 22 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam pilihan raya 2008, BN hilang penguasaan tradisi dua pertiga di parlimen oleh kerana kekalahan teruk di semenanjung di mana BN menang 85 kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan tersebut menang besar apabila mendapat 55 kerusi manakala pembangkang mendapat dua kerusi. Namun selepas hujung minggu ini, BN kini mengawal 136 kerusi, PR 76 kerusi, SAPP dua dan lapan calon bebas dari 222 kerusi Dewan Rakyat.

Menurut sumber BN Sabah lagi, kemungkinan besar tarikh pilihan raya umum tidak lagi September memandangkan perkembangan terbaru di negeri tersebut, tampuk pemerintah perlu memastikan tiada kesan serius menerusi tindakan keluar parti oleh dua MP veteran itu. Lajim ialah timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno manakala Bumburing ialah timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko).

“Mereka berdua tidak ada pengaruh yang kuat di luar kawasan mereka namun keadaan ini boleh merebak dan akan menjadi satu faktor sekiranya pilihan raya diadakan dalam jangkamasa terdekat ini. Lagipun, keadaan ini boleh membarah dan tetap akan menjadi satu masalah nanti,” katanya lagi.

Telah wujudnya spekulasi sejak bulan Jun yang Bumburing dan Lajim akan keluar dari BN dan menyokong PR tetapi ia tidak berlaku sehinggalah minggu lepas. “Ini merupakan satu misteri kenapa BN tidak mengambil tindakan awal terhadap mereka berdua,” kata sumber BN Sabah lagi.

Najib telah berkata minggu lagi yang beliau akan mengambil tindakan terhadap Lajim yang melepaskan semua jawatan parti pada hari Isnin. Perdana menteri sebelum ini telah memberi tumpuan pada Sabah dan telah mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) yang telah dinanti-nantikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin walaupun masih belum mempunyai terma dan komposisi untuk panel masih belum diketahui.

Menurut seorang penganalisis, BN selama ini melayan Sabah dan Sarawak sebagai tempat yang pasti menang dalam perlawanan untuk mendapatkan undi Melayu di semenanjung. “Kehilangan undi Melayu boleh ditampung dengan undi dari Sabah dan Sarawak, tetapi kini tidak ada sesiapa yang boleh menjamin apakah masih terdapat simpanan tetap,” kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya diketahui kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok memberitahu pada minggu lalu bahawa kajiannya menunjukkan BN boleh kalah 14 kerusi yang mereka pegang di negeri tersebut, termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan yang dikategorikan sebagai kerusi mudah menang bagi parti pembangkang.

Kerajaan Najib mendapat 42 peratus sokongan terhadap prestasi memberikan tamparan kepada kerajaannya dalam survey yang dijalankan oleh Merdeka Center di semenanjung, menurun enam peratus dari bulan sebelumnya.

Akan tetapi, perdana menteri kekal popular dengan sokongan sebanyak 64 peratus pada bulan Jun, menurun satu peratus berbanding Mei. Penyandang jawatannya, Tun Abdullah Badawi memasuki pilihan raya 2008 dalam keadaan mendapt 71 peratus sokongan tetapi hilang penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen.

Najib dilihat sebagai ahli politik paling berkerja keras dengan pelbagai lawatan ke tempat berbeza termasuk yang terbaru, program ‘Jelajah Janji Ditepati dan pemberian tunai dan janji untuk membantu rakyat dari demografi berbeza.

8 ulasan:

Paquin berkata...

Memang ada kemungkinan kena tangguh. Tapi entahlah, susah juga mahu ramal.

Paquin berkata...

Rasanya bulan 11 tu PRU, aduiii susahlah macam ni. Nak plan cuti pun tak dapat. huhu

Unknown berkata...

Kalau tidak berikan kesan pada parti, apa2 keputusan untuk PRU tidak akan ditangguhkan.

Unknown berkata...

Alamatnya tahun depanlah juga PRU ni dilaksanakan.

mantera berkata...

mereka keluar BN takkan ada kaitan dgn tarikh PRU. PRU akan diadakan bila tiba masa sesuai.

mantera berkata...

mereka keluar BN takkan memberi sebarang kesan kepada BN.

jackie berkata...

Kita tunggu sahaja pengumuman dari CM.. rtidak payah dengar khabar angin.

jackie berkata...

Lajim dan Bumburing keluar parti, namun ini tidak akan memberi kesan kepada BN..Bn tetap akan mendapat sokongan rakyat.