Selasa, 31 Julai 2012

Pelabuhan Klang Catat IPU Tidak Sihat




PETALING JAYA: Keadaan jerebu di negara ini masih berlarutan dengan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dua hari berturut-turut.

Bilangan kawasan yang merekodkan bacaan kualiti udara sederhana turut meningkat dari 33 pada pukul 5 petang Isnin kepada 36 kawasan sehingga pukul 11 pagi Selasa, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

Beberapa kawasan lain berada pada tahap baik.

Pelabuhan Klang merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun dari 122 pada petang Isnin kepada 105 sehingga 11 pagi Selasa.

Bacaaan seterusnya akan direkodkan pada pukul 5 petang.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Beberapa kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana sehingga pukul 11 pagi.

Antaranya, Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang yang mencatatkan IPU 83, Alor Star (78), Sg Petani (78), Kuala Selangor (77), Banting (77), Bukit Rambai di Melaka (76), Taiping (75) dan Cheras (73).
Petaling Jaya mencatatkan IPU 63.

Tiada ulasan: