Ahad, 22 Julai 2012

Laporan polis terhadap ADUN Kota

 
Awaluddin menjelaskan, beliau tidak menurunkan bendera PAS sebagai dakwaan Zamri.




PETALING JAYA: Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf.

Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau selepas  kejadian berlaku 17 Julai lalu.

Ketika dihubungi hari ini, Zamri berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang permohonan maaf kepadanya.

“Beliau sebagai wakil rakyat mesti menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN.

“Tindakan Awaluddin menurunkan bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh diterima.

“Apa kena mengena menurunkan bendera PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?”

Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya.

Beliau menambah, sebagai wakil rakyat beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang.

Awaluddin nafi



“Bendera kami banyak yang hilang tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka menjawab apa boleh buat.?” kata Zamri lagi.

Sementara itu Awaluddin menjelaskan, beliau tidak menurunkan bendera PAS sebagai dakwaan Zamri.

Katanya, bagaimanapun, MDR tidak membenarkan mana-mana pihak memasang bendera di papan tanda jalan.

“Bendera yang diturunkan itu dipasang di papan tanda jalan itu dibuat oleh budak-budak berlaku kekcohan waktu dan saya mahu mendamaikannya.

“Kebetulan saya lalu, saya membuat keputusan lebih baik saya meleraikan dari membiarkan yang memungkinkan menjadi lebih besar.

“Salahkah saya mahu meleraikan kekecohan itu?” tanya beliauyang juga ahli majlis MDR.

Tiada ulasan: