Ahad, 29 Julai 2012

Kedudukan Lajim Isnin Ini - Najib

alt
 

PEKAN- Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

5 ulasan:

Paquin berkata...

Akhirnya terjawab sudah teka-teki pasal si Lajim ni. Apa boleh buatlah kalau dia mahu berhenti.

Paquin berkata...

Sekarang ni kita tunggu sajalah apa pula keputusan Najib.

mantera berkata...

Lajim dah buat keputusan itu, Lajim mmg tak ada niat lagi nak bersama UMNO.

Unknown berkata...

Lajim telah pun disingkirkan dari jawatan dalam kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Lajim memang tidak layak untuk BN lagi setelah apa yang dilakukannya. Sebelum ini pelbagai penafian dilakukan akhirnya menjadi kenyataan.