"Menyuraikan
perhimpunan adalah pilihan terakhir. Semestinya ada orang yang enggan
pulang ke rumah selepas anda menyuraikan perhimpunan itu. Jadi, mereka
akan singgah di jalan raya, dan masalah tetap kekal berada di jalan
raya... Ini bukan perang. Jikapun demonstran pulang ke rumah, mereka
akan kembali ke jalan raya beberapa hari kemudian. Anda perlu berdepan
dengan mereka juga. Masalah berulang tanpa penghujungnya."
Pandangan
ini diungkapkan bukan dari mulut aktivis hak asasi, tetapi Ketua
Bahagian Jenayah di Berlin, Oliver Tolle (gambar kiri). Menurut Oliver
Tolle, polis di Berlin mengambil masa 10 hingga 15 tahun, untuk
beranjak dari mentaliti "polis bersetentang dengan demonstran" (we are against the protestor)
kepada bekerjasama dengan demonstran. Polis perlu mencari
penyelesaian bersama penganjur demonstrasi. Tekad politik dan pengalaman
polis menjadi faktor yang menjurus kepada perubahan tersebut.
Demikianlah luahan seorang anggota polis yang diundang untuk menghadiri satu sesi perbincangan, berjudul "Kebebasan berhimpun: Hak asasi di Jerman". Forum ini antara aktiviti dalam program "Anjakan Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2012, di Berlin. Wartawan MerdekaReview antara peserta dalam rombongan itu, yang juga disertai pengamal media dari Myanmar, Pakistan, Indonesia, Filipina dan Bangladesh.
Salah
seorang pengamal media Jerman turut berkongsi pengamatan beliau ketika
sesi jamuan sambil berinteraksi. Beliau berkata, jika zaman dahulu
anda dihentikan polis kerana disyaki melanggar undang-undang jalan
raya, dan anda tanya kepada polis, mengapa harus saya patuh kepada
arahan anda? Polis itu hanya perlu menuding kepada pistolnya pada
bahagian pinggang. Zaman sekarang, sambungnya, apabila anda berjalan
kaki dan melanggar lampu merah, polis akan menjerit di belakang anda,
"Hati-hati, bahaya!"
Polis Jerman kini mengakur dengan realiti bahawa zaman untuk polis menggunakan kekerasan telah berakhir. Polis perlu belajar untuk menggunakan hujah, rasional ketika berdepan dengan orang awam. Dan lebih penting, polis Jerman kini mengambil peduli imejnya di depan khalayak ramai, kata pengamal media Jerman.
Cara mengendali perhimpunan
Barangkali sikap "bermuhasabah diri" menyumbang kepada penambahbaikan cara pengendalian perhimpunan oleh polis. Pengalaman mengendali perhimpunan tidak hanya disimpulkan dengan "lebih kekerasan diperlukan untuk berdepan dengan demonstran", sebaliknya polis memperbaiki pendekatan dirinya untuk menangani situasi sekiranya pertembungan fizikal berlaku.
Misalnya,
apabila tunjuk perasaan berlaku, semestinya terdapat peserta yang
gagal mengawal emosinya, yang mungkin disusuli dengan bertindak ganas.
Namun, adalah tidak adil untuk mencabul hak asasi berhimpun orang lain
hanya kerana tingkahlaku beberapa individu yang hilang kawal. Maka,
pendekatannya adalah mengenalpasti, menangkap dan mengasingkan sesiapa
yang bertindak ganas dari kelompok manusia.
Menurut Oliver Tolle, seandainya sekumpulan besar polis menyerbu ke dalam kelompok manusia, maka ia bakal menimbulkan ketegangan, lantas memburukkan keadaan. Pendekatan yang diambil oleh polis adalah dengan menempatkan beberapa orang polis yang terlatih untuk berada di sekitar peserta demonstrasi, dan hanya bertindak apabila peserta mengganas.
Ceritanya tidak berakhir di situ. Pengamal media Jerman dalam forum itu menambah, polis yang menangkap peserta tertentu, wajib memberi bukti yang mencukupi untuk menyokong penangkapan tersebut. Misalnya, mahkamah tidak akan berpuas hati dengan jawapan sekadar "saya nampak peserta yang berbaju putih ini melontar batu", tetapi akan menyusuli dengan meminta polis berkenaan menyifatkan lebih terperinci ciri-ciri yang ada pada tertuduh, misalnya hakim akan bertanya, "Mengapa anda (polis) pasti tertuduh ini yang melontar batu, sedangkan terdapat peserta berbaju putih yang lain di situ? Bolehkah anda huraikan lebih terperinci apa yang berlaku ketika itu?"
Polis dilarang mengambil video
Dalam satu pertemuan dengan penganjur demonstrasi Anti-ACTA (ACTA-Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan), aktivis yang terlibat memberitahu kami bahawa polis dilarang mengambil video terhadap peserta perhimpunan, sehingga saat apabila keganasan berlaku. "Hak kebebasan berhimpun termaktub dalam perlembagaan. Merakamkan video terhadap orang ramai dilihat sebagai ugutan untuk menakut-nakutkan orang yang berhimpun," jelas salah seorang aktivis.
Oleh
kerana kami telah dimaklumkan bahawa polis memerlukan bukti yang
terperinci untuk dikemukakan di mahkamah, maka soalan diajukan,
"Seandainya rakaman tidak dibenarkan, bagaimana polis menunjukkan bukti
siapa yang mulakan keganasan, seandainya ia berlaku?"
"Bukan kesemua soalan ada jawapannya," jawab seorang aktivis dari Pirate Party. Di sini memperlihatkan sejauh manakah tekad sesebuah masyarakat untuk mempertahankan hak kebebasan berhimpunnya. Setelah hak kebebasan berhimpun ini diiktiraf, maka segala persoalan yang timbul kemudiannya akan cuba diselesaikan sedaya upaya. (Bahagian pertama, bersambung)
Demikianlah luahan seorang anggota polis yang diundang untuk menghadiri satu sesi perbincangan, berjudul "Kebebasan berhimpun: Hak asasi di Jerman". Forum ini antara aktiviti dalam program "Anjakan Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2012, di Berlin. Wartawan MerdekaReview antara peserta dalam rombongan itu, yang juga disertai pengamal media dari Myanmar, Pakistan, Indonesia, Filipina dan Bangladesh.
Polis Jerman kini mengakur dengan realiti bahawa zaman untuk polis menggunakan kekerasan telah berakhir. Polis perlu belajar untuk menggunakan hujah, rasional ketika berdepan dengan orang awam. Dan lebih penting, polis Jerman kini mengambil peduli imejnya di depan khalayak ramai, kata pengamal media Jerman.
Cara mengendali perhimpunan
Barangkali sikap "bermuhasabah diri" menyumbang kepada penambahbaikan cara pengendalian perhimpunan oleh polis. Pengalaman mengendali perhimpunan tidak hanya disimpulkan dengan "lebih kekerasan diperlukan untuk berdepan dengan demonstran", sebaliknya polis memperbaiki pendekatan dirinya untuk menangani situasi sekiranya pertembungan fizikal berlaku.
Menurut Oliver Tolle, seandainya sekumpulan besar polis menyerbu ke dalam kelompok manusia, maka ia bakal menimbulkan ketegangan, lantas memburukkan keadaan. Pendekatan yang diambil oleh polis adalah dengan menempatkan beberapa orang polis yang terlatih untuk berada di sekitar peserta demonstrasi, dan hanya bertindak apabila peserta mengganas.
Ceritanya tidak berakhir di situ. Pengamal media Jerman dalam forum itu menambah, polis yang menangkap peserta tertentu, wajib memberi bukti yang mencukupi untuk menyokong penangkapan tersebut. Misalnya, mahkamah tidak akan berpuas hati dengan jawapan sekadar "saya nampak peserta yang berbaju putih ini melontar batu", tetapi akan menyusuli dengan meminta polis berkenaan menyifatkan lebih terperinci ciri-ciri yang ada pada tertuduh, misalnya hakim akan bertanya, "Mengapa anda (polis) pasti tertuduh ini yang melontar batu, sedangkan terdapat peserta berbaju putih yang lain di situ? Bolehkah anda huraikan lebih terperinci apa yang berlaku ketika itu?"
Polis dilarang mengambil video
Dalam satu pertemuan dengan penganjur demonstrasi Anti-ACTA (ACTA-Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan), aktivis yang terlibat memberitahu kami bahawa polis dilarang mengambil video terhadap peserta perhimpunan, sehingga saat apabila keganasan berlaku. "Hak kebebasan berhimpun termaktub dalam perlembagaan. Merakamkan video terhadap orang ramai dilihat sebagai ugutan untuk menakut-nakutkan orang yang berhimpun," jelas salah seorang aktivis.
"Bukan kesemua soalan ada jawapannya," jawab seorang aktivis dari Pirate Party. Di sini memperlihatkan sejauh manakah tekad sesebuah masyarakat untuk mempertahankan hak kebebasan berhimpunnya. Setelah hak kebebasan berhimpun ini diiktiraf, maka segala persoalan yang timbul kemudiannya akan cuba diselesaikan sedaya upaya. (Bahagian pertama, bersambung)
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview
(edisi Bahasa Malaysia), mengambil bahagian dalam program "Anjakan
Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan
oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga 11
Jun 2012, di Berlin. Gambar Oliver Tolle dan ketika sesi perbincangan
berlangsung disumbangkan oleh Wolfgang Müller, jurugambar IMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan