Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti kepada jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihan raya yang dibentangkan hari ini.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.
Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.
Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.
Laporan minoriti atau minority report merujuk kepada laporan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua anggota jawatankuasa untuk mengesahkan pandangan mereka yang bertentangan dengan pendapat majoriti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan