Jumaat, 20 April 2012

Swasta bersara usia 60 dibentang Jun

MALAYSIA CHRONICLE




PUTRAJAYA- Rang Undang-undang Umur Persaraan Swasta bagi menaikkan had umur persaraan sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata draf itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diperhalusi.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 kepada 636 warga kementerian itu bagi pihak Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, di sini, semalam.

Pada masa ini, tiada peruntukan khas mengenai persaraan wajib bagi sektor swasta.

Di bawah undang-undang yang sedang digubal itu, seorang pekerja hanya akan bersara wajib apabila mencapai umur 60 tahun dan jika khidmatnya masih diperlukan, tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan selama empat tahun lagi.

Sementara itu, mengulas perkara berkaitan, Maznah berkata gaji minimum sektor swasta akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April ini.

Mengulas perkara berbeza, Maznah berkata 487,000 peluang pekerjaan diwujudkan di bawah transformasi ekonomi sejak 2008 dalam bidang kemahiran tinggi, separuh mahir dan berkemahiran rendah dan keprihatinan kerajaan terhadap beban hidup rakyat juga membabitkan subsidi RM21 setiap keluarga sehari.-BeritaHarian

Tiada ulasan: