Jumaat, 20 April 2012

SPR tukar jawatankuasa BERSIH jadi 'zombie'


Seorang anggota jawatankuasa BERSIH Liau Kok Fah antara 'mayat hidup', sekiranya daftar pemilih boleh dipercayai.

Ketika hadir dalam sidang media BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Liau yang kelihatan sihat berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kepadanya bahawa beliau "meninggal dunia" pada 1970.

"SPR sahkan bahawa nama saya dikeluarkan daripada daftar pemilih sebelum pilihan raya umum 2008 disebabkan perkara ini," kata lelaki 50 tahun itu.

Suruhanjaya itu didakwa menasihatkannya mendaftar kembali sebagai pengundi.

Liau -- yang berjaya mengundi pada 2004 walaupun diisytiharkan "meninggal dunia" -- mengakui SPR memasukkan semula namanya ke dalam daftar pemilih.

Tiada ulasan: