KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan Malaysia adalah negara yang mempunyai daftar pemilih yang bersih.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan daftar pemilih di negara ini kotor adalah tidak adil kepada SPR.
“Adakah kerana wujudnya 0.3 peratus pengundi ragu, daftar pemilih kita dianggap kotor sedangkan tidak wujud sebuah negara di dunia ini yang mempunyai 100 peratus daftar pemilih yang bersih,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat pertama bersama Ahli-ahli Parlimen berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan baru-baru ini di Parlimen, di sini hari ini.
Abdul Aziz juga mahu pihak terlibat supaya tidak ‘berlebih-lebih’ dalam memanipulasikan perkara tersebut sedangkan pada masa yang sama SPR telah melakukan yang terbaik dalam usaha membersih daftar pemilih.-Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan