Selasa, 10 April 2012

Skandal kayu lebih panas dari NFC: PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


TERKINI Pemimpin-pemimpin PKR telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah, Menteri Luar persekutuan, berkenaan skandal kayu RM400juta .

"Kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengarahkan Anifah dan Musa supaya mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan pastikan mereka bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.

Pertolongan seorang abang

Pemberi maklumat laman web Sarawak Report telah menuduh Anifah kerana menerima lesen pembalakan secara "rahsia" terima kasih kepada pengaruh Musa.

PKR telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji rasuah berkaitan pembalakan tiga bulan lalu dan usaha mereka telah membuahkan hasil. Mereka merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut kepada pihak awam jika Najib enggan untuk bertindak.

Dengan itu, PKR yang diketuai Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghasilkan kegelisahan dalam BN, terutamanya Umno dengan pendedahan yang berterusan baru-baru ini yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah di Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan oleh keluarga bekas menteri Shahrizat Jalil.

Menurut Rafizi, skandal rasuah pembalakan Sabah akan menjadi lebih "besar" daripada kejatuhan RM250juta rasuah NFC - krisis yang Najib tidak mampu pertahankan kerana dia dijangka untuk memanggil pilihanraya umum mengejut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beribu-ribu dokumen

Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking, yang juga berada di sidang akhbar itu, mengesahkan bahawa Pasukan Petugas Khas PKR tersebut kini mempunyai dalam pegangan mereka "beribu-ribu muka surat" dokumen, termasuk kertas penyiasatan skandal rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sendiri, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report minggu lepas.

Rafizi dan Leiking telah mendedahkan bahawa SPRM, selepas penyiasatan selama dua tahun yang teliti, yang bermula pada 2008, sudah mengesyorkan pendakwaan bagi kedua-dua lelaki itu tetapi Jabatan Peguam Negara enggan untuk mengambil tindakan, atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

"Oleh itu, PKR ingin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sepenuh peluang untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka, kerana SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh," kata Rafizi.

Beliau juga menyeru kepada Najib untuk menggantung Peguam Negara, Gani Patail, kerana dia telah terlalu kerap dikaitkan dengan skandal rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi BN. "Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar kes-kesnya," kata Rafizi.

Turut hadir ialah naib presiden PKR Nurul Izzah dan MP Subang Sivarasa Rasiah.Malaysia Chronicle

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan yang sama diminta oleh pihak pembangkang ketika timbul isu NFC yang melibatkan Shahrizat. Nampaknya satu persatu pemimpin BN akan dijatuhkan oleh individu2 dan pihak2 yang terdesak terutama pihak pembangkang yang berangan-angan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

mike berkata...

PKR cuba bermain politik dengan menjadikan laporan sarawak report yang tidak benar itu sebagai alat politiknya..

mike berkata...

mengapa tidak PKR dedahkan saja dokumen yang beribu2 muka surat itu kepada pihak media secara terbuka? buat apa mahu tunggu lama lagi? mentang2 lah pilihanraya makin dekat.

mike berkata...

inilah cubaan pihak yang terdesak iaitu pembangkang untuk menjatuhkan musa aman selaku KM sabah kerana PR mahu dapatkan kerusi di sabah untuk membolehkan PR membentuk kerajaan pusat sekiranya menang nanti...semua pihak tahu bahawa yang akan menjadi kingmaker pru13 nanti adalah sabah dan sarawak..

mike berkata...

bagaimana dengan isu skandal pasir di selangor, negeri pemerintahan PKR? takkan lah PKR cuba mengalih perhatian rakyat dengan laporan sarawak report yang tidak benar itu?

mike berkata...

belanjawan 2012 sabah adalah yang tertinggi dalam sejarah sabah iaitu lebih daripada rm4b..sejak musa memegang tampuk pemerintahan negeri sabah, sabah membangun dengan pesat dan kedudukan ekonomi yang bertambah kukuh...kemungkinan PKR cemburu dengan kemampuan musa aman..

Anak Sabah berkata...

Saya rasa Najib tidak akan menggantungkan Musa dan Anifah tanpa bukti yang kukuh.

Anak Sabah berkata...

Tidak tahulah sama ada Pakatan betul-betul ada dokumen beribu-ribu mukasurat yang boleh membuktikan isu ini. Mungkin mereka memainkan perkara ini untuk mendapatkan perhatian rakyat.

zam berkata...

PKR dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap isu ini.

zam berkata...

tiada bukti pun terhadap tuduhan yang diberikan kepada Musa dan Anifah.

zam berkata...

sekarang ini makin ramai ahli PKR Sabah yang keluar dari PKR.

John Winchester berkata...

Enemies tricked to fell down Sabah leaders.

Tanpa Nama berkata...

hanya laporan dari SPRM sahaja yang boleh dipercayai, selain itu tidak boleh pakai terutama dari Sarawak report.

Tanpa Nama berkata...

selagi belum ada bukti dia terlibat kita jgnlah nak percaya pada cerita2 seperti ini, ini semua adaa usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Musa Aman. pasti ada pihak cemburu dgn kejayaan Musa Aman.

Tanpa Nama berkata...

pembangkang hnya nak cari kesalahan orang lain, mereka sendiri dalam kepincangan dan penuh skandal dan penyelewengan seperti skandal pasir di Selangor.

Hosie Masie berkata...

Sebenarnya ini cuma khabar angin dari pihak tertentu saja. Tidak ada kebenaran dalam hal ini. Kita percaya ini hanya permainan politik semata-mata.

Mumbai berkata...

kalau tuduhan itu dilemparkan kepada pemimpin2 BN, mudah betul pemimpin2 Pakatan mengiyakan tuduhan itu.. kalau pemimpin sendiri yang kena, dikatanya fitnah..

Mumbai berkata...

kenapa PKR senyap berkenaan dengan skandal pasir di selangor?? kenapa tidak arahkan pihak2 yang terlibat mengambil cuti??

Mumbai berkata...

memandangkan selangor tidak ada kayu, saya juga boleh cakap bahawa skandal pasir lebih panas dari NFC..