Rabu, 4 April 2012

Shahidan enggan lepas jawatan

MALAYSIA CHRONICLE

Presiden KOAM bersuara mahu selesai masalah utama sebelum berundur


BEKAS Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim belum membayangkan hasrat mahu melepaskan jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berikutan kerusi panas itu turut menarik minat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. “Saya kini memberi tumpuan serius menyelesaikan beberapa masalah utama dihadapi KOM dan belum memikirkan mengenai pemilihan jawatan dalam kesatuan,” katanya ketika ditemui di Kangar, semalam.

Dia menambah, KOM sedang memberi tumpuan menyiapkan senarai atlit dan jurulatih menghadapi Sukan SEA sebelum 15 April ini kerana pihaknya meletakkan sasaran tinggi dalam kejohanan terbabit.

“Sasaran kami ialah memungut sembilan pingat emas iaitu meningkat sedikit berbanding pencapaian tahun lalu. Jadi tumpuan saya lebih ke arah itu berbanding kedudukan jawatan dalam KOM,” katanya.

Semalam, Presiden Persatuan Olahraga Johor, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor, mengesahkan persetujuan Tunku Mahkota Johor bertanding bagi jawatan berkenaan untuk menggantikan Shahidan yang ‘sudah berkuasa’ enam tahun lalu.

Beliau berkata, 12 daripada 15 persatuan olahraga negeri menyatakan sokongan mereka memilih Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden pada mesyuarat agung kesatuan pada Jun nanti. Persetujuan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu.

Shahidan pula berkata dia belum mendapat gambaran sebenar berhubung sokongan persatuan olahraga terhadap Tunku Mahkota Johor.-BeritaHarian

Tiada ulasan: