SHAH ALAM - Sekiranya Barisan Nasional (BN) yakin menawan Selangor dan
Kedah, Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Kerajaan Negeri sejak Mac
2008 yakin mengekalkan kuasa selain menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pihaknya berkeyakinan akan menawan Selangor adalah tidak tepat.
Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian semalam berkata BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.
Beliau berkeyakinan begitu sebabpengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR.
Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata, berdasarkan pemantauan jentera PR di Selangor, arah aliran sokongan terhadap perikatan itu semakin meningkat berbanding 2008.
“Kita yakin bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan, malah Putrajaya pun mampu ditawan oleh PR dalam pilihan raya akan datang.

“Ini kerana jumlah sokongan yang diterima oleh PR semikin meningkat
termasuk peningkatan pengundi Cina sebanyak 80 peratus dan pengundi
Melayu hampir 60 peratus," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menegaskan, pembangkang
gagal memberikan pembangunan dan kemudahan yang dijanjikan seperti yang
dilakukan oleh BN sebelum ini.
Tengku Adnan berkata, BN juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi
kesemua negeri yang diperintah oleh pembangkang, ia bertujuan untuk
memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah
negeri tersebut.
Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa
Kok Suh Sim pula menegaskan kenyataan Tengku Adnan itu hanya untuk
menaikkan semangat ahli BN di negeri ini sahaja.
Menurutnya, situasi sebenar di Selangor adalah berbeza sekali dengan
kenyataan tersebut kerana rakyat masih menyokong penuh pentadbiran PR
yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Beliau terpaksa berbuat demikian untuk menaikkan semangat ahli di
negeri ini, hakikatnya, kami masih berkeyakinan akan mengekalkan
Selangor sekiranya PRU13 adil dan bersih," katanya.
Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula menegaskan, sehingga kini tiada pemimpin BN Selangor yang mampu menandingi kredibiliti menteri besar.

Menurutnya, hampir kesemua pemimpin BN Selangor bermasalah termasuk
Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Satim Diman yang pernah dikaitkan
dengan keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan tanah Perbadanan
Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
"Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor kerana
negeri ini akan kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya juga
ditawan PR," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu berkata,
berdasarkan rekod semasa menteri besar telah menunjukkan komitmen tinggi
memajukan negeri dan membantu rakyat.
"Kesungguhan Abdul Khalid memperkenalkan agenda Merakyatkan Ekonomi
Selangor dan Hasil Negeri Untuk Rakyat jelas mengurangkan beban dan
dapat meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan