Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menangguhkan permohonan iman Hoslan Husin untuk menyemak semula hukuman penjara setahun terhadapnya kerana menghina mahkamah.
Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira semua pihak yang hanya diberikan penghakiman bertulis berhubung hukuman itu pagi ini.
Panel yang diketuai Hakim Tan Sri Arifin Zakaria kemudian menetapkan ia akan didengar pada 2 petang pada Isnin bagu memberikan cukup masa kepada semua pihak mengkaji penghakimannya.
Peguam pembelaan Karpal Singh memohon penangguhan singkat untuk mengkaji keputusan itu.
"Walaupun ia bertarikh 5 April, kami hanya mendapatkannya pagi ini. Kami perlukan masa untuk mengkaji penghakiman ini dan menyedikan penghujahan kami," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya yang hadir bagi untuk pendakwaan bersetuju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan