KUALA LUMPUR- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari
ini memohon untuk mendapatkan permit daripada polis bagi mengadakan
perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' pada 29 April ini, sama
ada di Padang Merbok atau Dataran Merdeka.
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, berkata perhimpunan itu yang akan diadakan mulai jam 9.30 pagi untuk meraikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lalu.
"Kita hendak meraikan bahawa Yang di-Pertuan Agong kini sudah mencapai bilangan ke-14, dan pada masa yang sama untuk mempertahankan institusi diraja," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan permit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.
Katanya, perhimpunan itu dijangka disertai pelbagai kaum.
Beliau turut membidas sikap anggota Parlimen pembangkang yang didakwa terbabit dalam mempersendakan Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dengan berkata tindakan mereka menghina Raja-Raja Melayu di dalam istana adalah menderhaka.
"Mereka sudah hilang kesetiaan kepada negara," katanya.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan