Jumaat, 20 April 2012
Pengurusan tinggi LPK diasak pemberita
Sidang media Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk menyangkal dakwaan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bertukar 'bencana' apabila pengurusan LPK gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan pemberita.
Sidang media di pejabat LPK di Pelabuhan Klang bermula dengan pengerusinya Teh Kim Poh memberi jaminan bahawa Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada LPK untuk teruskan kes mahkamah PKFZ atau menyembunyikan bukti.
"Saya boleh bersumpah depan kamu. Jika kamu mahu saya bersumpah di mana-mana sahaja, saya boleh bersumpah.
"Tolonglah cakap benar," kata Teh, bekas anggota dewan undangan negeri Padamaran.
Teh meminta semua pihak menghormati dan percaya kepada mahkamah dan membenarkan mahkamah meneruskan prosesnya.
"Jika peguam negara mahu dakwa lebih banyak orang, biar beliau dakwa," katanya.
Teh juga menolak buku baru pendahulunya Lee Hwa Beng berjudul PKFZ: A Nation's Trust Betrayed, dengan menyifatkan kandungannya "ketinggalan zaman" kerana PKFZ mencapai pembangunan rancak bawah pengawasannya sejak enam bulan lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan