Penduduk flat lama PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur diberi masa seminggu lagi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengosongkan perumahan itu yang bakal dirobohkan untuk projek pembangunan baru.
Mereka sepatutnya mengosongkannya pada jam 9.30 pagi tadi tetapi masih terdapat 34 penduduk gagal melakukannya dan membantahnya.
Mereka mahukan lebih masa diberikan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
"Kita bukan menolak atau tidak mahu pindah. Kita setuju (untuk pindah), tetapi bagilah kami masa yang secukupnya kepada kami.
"Mana sempat nak kosongkan rumah dalam masa dua minggu. Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak SPM tahun ini," kata penduduk setempat Mohd Idrus Tokiran, 48, yang turut bertindak sebagai ahli jawatankuasa bertindak kampung itu.
Sementara itu, sekumpulan mahasiswa hari ini turut menyatakan kesangsian mereka berhubung arahan pemindahan yang didakwa dikeluarkan secara mengejut.
"Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budi bicara?
"Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain," kata pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang.
Selasa, 3 April 2012
Pengosongan flat lama PKNS Kerinchi ditangguh seminggu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan