Jumaat, 13 April 2012

Pendedahan Terkini Skandal Scorpene, PM Dicabar Saman Asia Sentinel




SHAH ALAM: Perdana Menteri dicabar menyaman portal berita Asia Sentinel berhubung pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan peranan mendiang Altantuya Shariibuu dan sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda.

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab artikel nukilan John Berthesen, “Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal” seperti yang disiarkan di 5 April lalu.

Artikel tersebut menyiarkan secara terperinci peranan mendiang Altantuya Shariibuu di dalam transaksi pembelian kapal selam Scorpene dengan beberapa fakta kontroversi.

Selain itu, artikel tersebut turut mendedahkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara di sebalik pembelian kapal selam Scorpene tersebut.

“Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 bilion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di ‘poket Najib’.

“Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda,”katanya dalam satu kenyataan.

Malah, fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang lebih terperinci.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk mebuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia merupakan fitnah semata-mata.

“Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia,” jelas beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib yang seolah-olah menggambarkan penglibatan Najib di dalam skandal ini.

Terdahulu, Najib telah bersumpah pada Ogos 2008 menafikan isu yang mengaitkan beliau dengan mendiang Altantuya yang dibunuh kejam pada Oktober 2006 lalu.

Tiada ulasan: