MSTAR ONLINE
PEKAN: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Projek
Agropolitan di sini bukan sahaja akan mengubah daerah Pekan sebagai hub
penternakan biri-biri dorper terbesar di Asia Tenggara, malah mampu
meningkatkan pendapatan peserta Orang Asli dalam projek itu sehingga
RM5,000 sebulan.
Perdana Menteri berkata projek berkenaan sejak dilaksanakan pada Ogos 2008, sehingga kini berjaya menjana pendapatan tetap bulanan masyarakat Orang Asli di antara RM750 hingga RM1,200.
"Kita menjangkakan dalam masa lima tahun lagi Projek Agropolitan Pekan di Runchang dan Batu 8 di sini mampu menghasilkan sehingga 25,000 ekor dorper sekaligus menjadikan Pekan sebagai hub dorper terbesar di rantau Asia Tenggara.
"Harapan kita juga untuk melihat pendapatan peserta Orang Asli terus dapat dipertingkatkan di mana kita menetapkan sasaran tidak lama lagi pendapatan mereka mampu mencecah RM5,000 sebulan," katanya ketika berucap di majlis perasmian Projek Pesisiran Warisan Pekan dan Lelongan Biri-biri Dorper Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) di sini, Sabtu.
Najib berkata komitmen itu dapat dilihat pada acara lelongan biri-biri dorper pertama yang dianjurkan ECERDC pada tahun lepas yang berjaya meraih jualan sebanyak RM265,000 melibatkan 465 ekor dorper.
Sementara itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata projek pesisiran warisan Pekan bakal menarik seramai 700,000 pelancong dari luar dan dalam negara ke Pekan menjelang 2020.
Katanya projek itu merangkumi penaiktarafan Jalan Sultan Ahmad, pembinaan kiosk untuk peniaga tempatan, medan selera moden, kompleks pemasaran dan pameran untuk industri kecil dan sederhana, kerja naik taraf Muzium Sultan Abu Bakar dan sebuah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan muzium tersebut dengan masjid berdekatan.
Najib berkata kesemua projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 935 pekerjaan.
Menurutnya pembangunan infrastruktur itu turut disokong dengan penganjuran pelbagai acara untuk orang ramai seperti Karnival Rakyat Pekan yang akan menambahkan lagi daya tarikan di Pahang.
Beliau mencadangkan supaya karnival itu dijadikan acara tahunan di Pekan. BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan